Keahlian ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk akses kepada projek hartanah yang menguntungkan serta sokongan penuh dalam pertumbuhan koperasi hartanah dan industri pembinaan.
Wakil Jualan Hartanah
Berperanan untuk membantu koperasi-koperasi dan ahli-ahli kami dalam proses jual beli hartanah dengan memastikan setiap urusan dijalankan secara profesional dan mengikut piawaian industri yang ditetapkan.
Menyediakan Kursus Real Estate
Menyediakan kursus dan latihan berkaitan. Kursus-kursus kami merangkumi pelbagai aspek termasuk pengurusan hartanah, undang-undang hartanah, pemasaran, dan strategi pelaburan, bertujuan untuk membangunkan tenaga kerja yang kompeten dalam industri.
Menyumbang Projek-Projek Baru
Melalui kerjasama strategik antara koperasi, kerajaan, dan sektor swasta, kami membantu memacu pertumbuhan ekonomi serta menyokong projek-projek yang berdaya maju dan berimpak tinggi dalam sektor hartanah dan pembinaan di Malaysia.